Kupu - Kupu Beterbangan

Our Little Angel

Cinta hati kami.

Saffiyyah Imani Mohammad Faiz
Girl
Normal Delivery
4.02kg
25 Ogos 2014
7.55am

welcome to world sayang..


proses bersalin (ending)

sambungan........

Alhamdulillah, dah bersalin..

tapi, untuk proses yang penghabisan ni.. memang azab je rasa.. bius yang umi kena tengah pagi tu rasanya dah habis.. tapi nurse tak cocok bius untuk jahit ni.. umi merayu2 dengan nurse untuk hentikan jahitan..
nurse kata biar sakit terus sekali.. penat merayu umi sedut gas etonox sampai tertido.. bile tersedar rasa sawan pulak nangis2 suruh nurse stop jahit.. tu yang nurse kejutkan.. Puan Umi, bangun2.. dah selesai jahit..

bila fikir balik, memang jadi bahan lawak dengan perangai sendiri..

faiz masuk, kata dah azankan.. kiss forehead, say thank you for the big sacrifice..

pukul 9.15am,25 ogos 2015. umi dan anak di tolak naik ke wad.

end

proses bersalin 2

sambungan......

tepat jam 11pm,24 Ogos 2015, umi rasa contraction yang kuat dan kerap.. kuat2 pun masih mampu makan lagi.. itu nasihat kak cik dengan kak sidah.. kalau nak tenaga untuk push, kena makan.. masa sakit tu rasa nak membuang, pergilah toilet, kasi clear perot.. panggil nurse.. nurse datang cek BP ape semua.. nurse amik kerusi roda, nak tolak umi pergi dewan bersalin, nurse suruh call suami untuk datang temankan waktu bersalin..

"abang, saya nak bersalin, nurse dah tolak saya pergi dewan bersalin, abang datang ye, temankan saya, saya tunggu ye" nasib baik faiz stay umah akak ipar kat bangi.. tak jauh..

sampai je kat dewan terpikir bila tengok suasana dalam bilik tu.. ingat macam dalam drama ER.. tapi selesa sangat.. sejuk pulak tu.. Alhamdulillah.. cakap kat nurse, nurse saya nak kencing.. nurse kata boleh tapi bila dah naik katil tak boleh turun dah.. kencing ke berak ke atas katil je.. alaaaaaaaa.. ni yang tak syok, sebab memang terasa nak kencing je manjang.

pukul 11.45pm, doktor masuk untuk pecahkan ketuban,cek laluan,cek bp,cek CTG.. contraction ada, BP normal,laluan masih sama 4cm, ketuban dah pecah.. doktor dan nurse pesan, bila ketuban dah pecah, contraction akan makin kerap, makin sakit.. 

selesai, faiz baru dibenarkan masuk, faiz bagi minum air Yassin, pasang ayat quran dari hp.. satu bilik dengar.. bagi kata2 semangat.. contraction makin kerap.. dari 10min sekali, jadi 5min sekali.. pegang kuat tangan suami,rasa nak tercabut perot, anak bersilat kat dalam.. nurse ada masuk, die kata nak bagi bius, jadi tak sakit sangat masa contraction, boleh tido.. yeay..

pukul 5am, 25 Ogos 2015, umi tersedar.. contraction semakin kerap, faiz tak ada. bunyik alunan ayat quran memenuhi bilik.. call faiz, tanya kat mana.. sempat lagi.. hehehe.. 

faiz masuk, meleleh dah air mata, sampai hati tinggalkan aku sorang masa aku tido.. mintak panggilkan nurse sebab rasa nak terberak.. nurse dengan doktor cek laluan masih 4cm lagi.. waaaaaaaaaaaaa... sakit, masa nilah teringat arwah mak.. nurse cakap dia akan bagi second induce melalui air.. 10min lepas tu.. phew, rasa di hambat perot,tulang belakang.. sakitnya.. mulut memang tak terlepas zikir.. mintak ampun banyak2 kat faiz.. "abang, saya mintak ampun salah silap saya, kalau pape jadi, ampun kan saya"

sakitnya contraction ni, Allah je tau.. mulut berzikir, dalam masa yang sama cakap kat faiz, sakitnye bang..sakit.. gas etonox sedut banyak2 mamai sekejap.. badan lembik.. faiz ingat pengsan..

pukul 7am, perot dah tak mampu lagi menahan, tekan emergency button, nurse datang, bagitahu nurse..tak tahan sangat, saya rasa nak teran je ni.. nurse suruh cuba teran.. tetiba nurse kata kejap.. terus panggil doktor buat preparation delivery.. 


nurse suruh teran, bila teran baby tak boleh kuar, 1st cut, nurse suruh teran lagi.. nurse dah marah doktor sebab gunting pertama kali macam tu baby tak boleh kuar.. 2nd cut tempat yang sama, nurse suruh teran lagi.. ok bagus awak pandai teran, pastu kepala baby kuar, nurse suruh stop teran, faiz kata uri terbelit, hati makin risau, tak putus doa moga baby selamat.. nurse panggil MO.. MO potong uri, pastu suruh teran lagi.. eh, tetiba lega pulak, MO cakap, amboi besaq nye baby.. ni bukan 3.8kgs ni..

nurse letak baby atas badan, automatic mulut sebut "anak mama" nurse amik baby bersihkan untuk di azan kan.. masa ni azab seterusnya.. jahitan.. 


bersambung...

Proses Bersalin 1

Assalamualaikum,

umi nak cerita pasal proses bersalin yang umi alami.

due umi patutnya jatuh 22 Ogos 2014, jadi doktor suruh datang hospital tarikh tu kalau masih tak bersalin.
bila cek ape semua, scan.. rupanya doktor cakap baby umi besar.. scan 3.6-3.8kg.. patutnya tarikh tu doktor nak induce, tapi tak cukup kaki tangan.. dan kehamilan umi tak ada msalah.. ketuban normal, CTG normal.. jadi umi pun balik rumah.. bila umi bagitau faiz pasal berat anak.. faiz over excited.. die memang nak baby besar.. hahaha.. **cuba abang yang beranak** 

jadi doktor suruh datang hari Ahad, untuk induce. oklah macam tu.. boleh berjalan2 lagi berjimba dengan suami..

kebetulan 23hb Ogos 2014 kak cik buat makan2.. ade rendang daging nogori die.. kak cik cakap.. ko makan lah rendang ni.. nanti macam kak sidah, lepas makan rendang terus bersalin.. hahaha, gelak ramai2.
makan sampai kekenyangan, tersandar.. 

sampai je rumah, terasa nak buang air kecik.. tetiba eh2.. turun tanda nak bersalin.. turun darah, kaler gelap2.. oh hati sudah berdebar.. masih terasa lagi debaran dan esakan.. sepanjang mengandung ni..asik menangis je.. mencik betul.

panggil faiz.. abang, dah turun tanda nak bersalin ni.. faiz pun dah gelabah gabra.. faiz suruh call kak sidah, kak cik, abah.. semua suruh pergi hospital.. waktu sampai rumah tu dah pukul 12 lebih.. mandi2 ape semua.. almost 2 am baru gerak pergi hospital Serdang. 

faiz keep me calm, keep talking to baby.. umi tak rasa pun any contractions..cuma berdebar bila dah turun tanda. dah sampai dewan bersalin, register ape semua. kitaorang tunggu turn.. bila nama di panggil, hati semakin berdebar.. amik berat dengan tekanan darah.. ohoiiii, BP naik hoiii.. ok, relax, tarik nafas lepas.. amik 2nd BP baru normal..doktor cek bukaan baru 1cm..duduk dalam dewan bersalin tu makan masa sejam.. kesian suami kat luar.. tersengguk2 dia..

at last, doktor tahan wad, dan akan induce esoknye due to baby besar.. baju pun dah tukar, tangan pun dah ada tag.. bagitau faiz, wad dengan no katil. umi mintak faiz pergi ke wad dan dalam masa yang sama nurse akan hantar umi naik wad melalui internal access..

dah sampai wad, nampak faiz.. meleleh air mata.. i know abang, u love us.. i love u too. hold his hand tight, he gave me courage..kiss my forehead.. and tell me everything gonna be just fine.. he left.. esok pagi die datang lagi bawak makanan yang banyak.. oklah, umi memang makan banyak.. hahaha.. gelak lah golek2.

pukul 5am nurse kejutkan umi, doktor panggil nak induce.. tengah mamai bangun pergi buang air kecik, terus duduk depan bilik doktor tunggu turn.. bila turn tak sampai2 lagi, pergi toilet lagi..buang air kecik lagi.. pastu bila sampai depan bilik doktor, eh tak ada orang tunggu dah.. jenguk dalam bilik doktor.. doktor tanya "puan Umi abilah Malek ye?" umi jawab ye. sorrylah lambat doktor, pergi tandas tadi.. doktor baik, die kata tak ape.

doktor ada explain induce yang umi akan gunakan adalah jenis belon.. masuk dari bawah dan akan besarkan laluan.. dah faham umi angguk je.. bila dah pasang belon tu, adalah rasa rimas sebab ada tali terjuntai2..hahaha.. tetiba lepas selesai pasang, rasa nak terkencing lagi.. asik terkencing je aku ni.. lepas kencing tu, tetiba belon tu jatuh.. alahai, kena pergi balik jumpa doktor.. aku ingat aku clumpsy..

sampai je bilik doktor.. "doktor, belon terlepas" senyum je doktor tu.. dia nak pasang balik, dia cek jalan dulu tengok2 dah bukak 4cm.. hamboi pantas nye ko anak nak keluar ye.. doktor cakap, kalau lepas ni awak rasa contraction yang kuat dan sekata tolong panggil nurse ye.. baik doktor..

sampai katil, umi tido balik sampai pukul 8, bangun, mandi.. MO dan Housemen ada round wad.. MO tanya macam mana.. semua ok, tunggu baby keluar.. selesai semua, faiz pun datang bawak air mineral.. umi minum tak ingat.. haus sangat, baby pun aktif sangat2.. borak2, makan2.. tengah hari faiz balik.. 

bersambung.....

Keliru Umur Baby dalam kandungan & adegan rayu paksa di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum,
Tengok tajuk macam gempak je kan..
tapi sepanjang mengandung ni, aku terasa macam confuse umur anak dalam kandungan, janganlah kutuk aku.. bukan semua bakal ibu ni boleh ikut je LMP, kadang jauh berbeza.
akak aku yang MO mintak aku refer balik KK(klinik Kesihatan) monthly checkup, sebab dia dah tengok buku merah aku, dengan scan baby and EDD yang tertulis kat depan buku merah tu. memang jauh beza umur baby dengan tarikh LMP.
aku dah cakap kat akak aku, yang dah pernah request nak jumpa doktor KK, untuk clarify umur baby. tapi misi kata doktor sibuk dan misi kata just based on tarikh LMP, erti kata lain tarikh EDD yang tertulis kat depan buku merah.
bermula lah sesi soal jawab bersama MO aka akak aku sendiri, tanya tu lah tanya ni lah.. belum masuk die marah lagi.. belum lagi sesi soalan yang sama secara bertubi-tubi. kalau lah aku berjiwa sensitip lagi, kompom meleleh ayer mata ni..
akak aku kata, mana boleh guna alasan doktor sibuk, ape-ape pun kena jugak refer doktor. kalau salah tarikh anak ni bahaya. mostly takut baby terlebih lama dalam perot atau terawal bersalin.. kalau lama dalam perot baby boleh lemas, makan najis sendiri, kalau terawal dah jadi baby pramatang. macam tulah kata-kata akak aku.
jadi dengan terkelip-kelip mata, aku pun konpiden cakap, nanti next check up aku request nak jumpa doktor.
semalam, 6/5/2014. aku ada check up. klinik penuh, nak amik no giliran pun beratur panjang. oklah, itu tak kisah sebab setiap bulan macam tu.
dan aku gain weight sebanyak 3.6kg dalam masa sebulan.. misi yang tolong cek timbang pun terkejut, dia soh aku naik balik penimbang untuk confirmkan berat. aku pun explain kat misi, sebelum ni aku muntah teruk, loss weight banyak.. bulan ni terlebih selera plak..
selesai bahagian tu, aku pergi bahagian LAB untuk urin dengan cek HB, Alhamdulillah tak ada masalah..
kali ni, bila nama di panggil untuk cek perot, second ATT, inilah masa untuk adegan rayu paksa misi untuk bagi aku jumpa doktor.
aku rasa mulut aku berbuih lah nak mintak tolong misi, misi pun macam tak nak bagi aku jumpa doktor je. at last terpaksa mintak tolong akak aku, barulah buku merah aku di pass kat doktor.. kalau boleh tak nak lah macam ni, tapi aku nak clarify jugak pasal umur anak.
bila dapat jumpa doktor, doktor bising jugak pasal berat badan aku.. doktor scan nak tengok tumbesaran baby.. sebab takut berat badan aku effect kat baby.. tapi Alhamdulillah, baby sihat dan tarikh REDD pun dah dapat.
terima kasih semua..

vitamin kehamilan

dear Bloggers,
hari ni terasa banyak sangat nak cerita,
kali ni nak cerita pasal vitamin yang saya ambil, walaupun setiap kali nak makan rasa macam nak tercekik
tapi mesti,wajib makan. hehehe..








saya beli ni dari klinik emma, subang jaya.. Doktor Emma sangat baik,soft spoken, bila explain tu totally jelas dan nyata,mudah di fahami.

beli sebulan sekali, sampailah tiba waktu nak melahirkan nanti..


Muntah-Muntah,hospital, Air Yassin

Assalamualaikum,
Dear Bloggers,
matlamat ingin menjadi seorang mummy yang terbaik bukanlah perkara yang mudah, malah mencabar kekuatan dalaman dan luaran, mental dan juga fizikal.

pertengahan Febuari yang lalu bersamaan trimester pertama ke trimester kedua, saya mengalami alahan yang sangat teruk. makan ape pun muntah, walau sekeping roti,walau separuh biskut.. minum pun sama, walau setitik air kosong,atau air manis,air bersusu.. semua akan keluar balik.

Result urin di klinik menunjukkan badan kekeringan melampau.. demi anak, saya rela dimasukkan ke hospital. bukan ingin menunjukkan pengorbanan.. tapi, kasih sayang dan cinta yang wujud untuk anak di dalam rahim. Setelah 2jam di dalam klinik kesihatan untuk mendapatkan surat doktor, saya telah di refer ke Hospital Serdang. duduk menunggu di bahagian kecemasan dari pukul 3petang dan pukul 9malam baru dapat berjumpa doktor.. dalam hati sentiasa berdoa untuk anak.. semoga kamu sentiasa selamat sayang.. its ok if mummy sick but mummy cant take d pain if i loss u.

tepat jam 9malam nombor di panggil, dengan di temani suami, saya bawak sekali surat doktor dan buku pink. i never hate needle, but i do hate dripping.. bila sang Doktor lelaki sudah berlembut dengan saya untuk memulakan pemasangan jarum drip, masa tu lah air mata mengalir,bibir di ketap dan mula terasa nak mengganas.. sakit,sebab doktor tak dapat line darah tu.. bukan salah doktor, tapi salah saya sendiri, mengeraskan tangan sampai darah menitik,namun line tak dapat dijumpai. akhirnye setelah doktor mencari salur darah dari sisi pergelangan tangan, dan diri mula sedar dan berlembut.. barulah jarum drip berjaya di pasang..

suami pegang kuat tangan saya, menghantar saya ke wad kecemasan zon kuning, "everything gonna be just fine, and our baby will fine too" terima kasih suami.. dua botol air, satu urin test,dan rujukan ke O&G..
Alhamdulillah, urin test lepas, dan dalam pukul 4lebih, saya di rujuk ke pakar O&G untuk pemantauan kesihatan anak, si anak sihat di dalam.. dia tidur lena.. kesyukuran yang tak mampu di ucapkan dengan kata-kata.

Air Yassin 
keazaman sang suami, setelah melihat saya sentiasa muntah-muntah,masuk hospital dan dia tak mampu menanggung kelemahan yang sama.. cuma dia dapat membantu dengan kata-kata semangat,bacaan Al-Quran serta Air Yassin yang dia buatkan setiap malam..

Abang minta maaf,sebab tak rasa penderitaan yang sama,sakit yang sama,kelemahan yang sama, tapi abang sentiasa cuba jadi suami dan ayah yang terbaik..terima kasih abang.. Semoga Allah membalas kebaikan abang..


© Kupu - Kupu Beterbangan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena