Proses Bersalin 1

Assalamualaikum,

umi nak cerita pasal proses bersalin yang umi alami.

due umi patutnya jatuh 22 Ogos 2014, jadi doktor suruh datang hospital tarikh tu kalau masih tak bersalin.
bila cek ape semua, scan.. rupanya doktor cakap baby umi besar.. scan 3.6-3.8kg.. patutnya tarikh tu doktor nak induce, tapi tak cukup kaki tangan.. dan kehamilan umi tak ada msalah.. ketuban normal, CTG normal.. jadi umi pun balik rumah.. bila umi bagitau faiz pasal berat anak.. faiz over excited.. die memang nak baby besar.. hahaha.. **cuba abang yang beranak** 

jadi doktor suruh datang hari Ahad, untuk induce. oklah macam tu.. boleh berjalan2 lagi berjimba dengan suami..

kebetulan 23hb Ogos 2014 kak cik buat makan2.. ade rendang daging nogori die.. kak cik cakap.. ko makan lah rendang ni.. nanti macam kak sidah, lepas makan rendang terus bersalin.. hahaha, gelak ramai2.
makan sampai kekenyangan, tersandar.. 

sampai je rumah, terasa nak buang air kecik.. tetiba eh2.. turun tanda nak bersalin.. turun darah, kaler gelap2.. oh hati sudah berdebar.. masih terasa lagi debaran dan esakan.. sepanjang mengandung ni..asik menangis je.. mencik betul.

panggil faiz.. abang, dah turun tanda nak bersalin ni.. faiz pun dah gelabah gabra.. faiz suruh call kak sidah, kak cik, abah.. semua suruh pergi hospital.. waktu sampai rumah tu dah pukul 12 lebih.. mandi2 ape semua.. almost 2 am baru gerak pergi hospital Serdang. 

faiz keep me calm, keep talking to baby.. umi tak rasa pun any contractions..cuma berdebar bila dah turun tanda. dah sampai dewan bersalin, register ape semua. kitaorang tunggu turn.. bila nama di panggil, hati semakin berdebar.. amik berat dengan tekanan darah.. ohoiiii, BP naik hoiii.. ok, relax, tarik nafas lepas.. amik 2nd BP baru normal..doktor cek bukaan baru 1cm..duduk dalam dewan bersalin tu makan masa sejam.. kesian suami kat luar.. tersengguk2 dia..

at last, doktor tahan wad, dan akan induce esoknye due to baby besar.. baju pun dah tukar, tangan pun dah ada tag.. bagitau faiz, wad dengan no katil. umi mintak faiz pergi ke wad dan dalam masa yang sama nurse akan hantar umi naik wad melalui internal access..

dah sampai wad, nampak faiz.. meleleh air mata.. i know abang, u love us.. i love u too. hold his hand tight, he gave me courage..kiss my forehead.. and tell me everything gonna be just fine.. he left.. esok pagi die datang lagi bawak makanan yang banyak.. oklah, umi memang makan banyak.. hahaha.. gelak lah golek2.

pukul 5am nurse kejutkan umi, doktor panggil nak induce.. tengah mamai bangun pergi buang air kecik, terus duduk depan bilik doktor tunggu turn.. bila turn tak sampai2 lagi, pergi toilet lagi..buang air kecik lagi.. pastu bila sampai depan bilik doktor, eh tak ada orang tunggu dah.. jenguk dalam bilik doktor.. doktor tanya "puan Umi abilah Malek ye?" umi jawab ye. sorrylah lambat doktor, pergi tandas tadi.. doktor baik, die kata tak ape.

doktor ada explain induce yang umi akan gunakan adalah jenis belon.. masuk dari bawah dan akan besarkan laluan.. dah faham umi angguk je.. bila dah pasang belon tu, adalah rasa rimas sebab ada tali terjuntai2..hahaha.. tetiba lepas selesai pasang, rasa nak terkencing lagi.. asik terkencing je aku ni.. lepas kencing tu, tetiba belon tu jatuh.. alahai, kena pergi balik jumpa doktor.. aku ingat aku clumpsy..

sampai je bilik doktor.. "doktor, belon terlepas" senyum je doktor tu.. dia nak pasang balik, dia cek jalan dulu tengok2 dah bukak 4cm.. hamboi pantas nye ko anak nak keluar ye.. doktor cakap, kalau lepas ni awak rasa contraction yang kuat dan sekata tolong panggil nurse ye.. baik doktor..

sampai katil, umi tido balik sampai pukul 8, bangun, mandi.. MO dan Housemen ada round wad.. MO tanya macam mana.. semua ok, tunggu baby keluar.. selesai semua, faiz pun datang bawak air mineral.. umi minum tak ingat.. haus sangat, baby pun aktif sangat2.. borak2, makan2.. tengah hari faiz balik.. 

bersambung.....

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkata-kata

© Kupu - Kupu Beterbangan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena