Assalamualaikum,
Tengok tajuk macam gempak je kan..
tapi sepanjang mengandung ni, aku terasa macam confuse umur anak dalam kandungan, janganlah kutuk aku.. bukan semua bakal ibu ni boleh ikut je LMP, kadang jauh berbeza.
akak aku yang MO mintak aku refer balik KK(klinik Kesihatan) monthly checkup, sebab dia dah tengok buku merah aku, dengan scan baby and EDD yang tertulis kat depan buku merah tu. memang jauh beza umur baby dengan tarikh LMP.
aku dah cakap kat akak aku, yang dah pernah request nak jumpa doktor KK, untuk clarify umur baby. tapi misi kata doktor sibuk dan misi kata just based on tarikh LMP, erti kata lain tarikh EDD yang tertulis kat depan buku merah.
bermula lah sesi soal jawab bersama MO aka akak aku sendiri, tanya tu lah tanya ni lah.. belum masuk die marah lagi.. belum lagi sesi soalan yang sama secara bertubi-tubi. kalau lah aku berjiwa sensitip lagi, kompom meleleh ayer mata ni..
akak aku kata, mana boleh guna alasan doktor sibuk, ape-ape pun kena jugak refer doktor. kalau salah tarikh anak ni bahaya. mostly takut baby terlebih lama dalam perot atau terawal bersalin.. kalau lama dalam perot baby boleh lemas, makan najis sendiri, kalau terawal dah jadi baby pramatang. macam tulah kata-kata akak aku.
jadi dengan terkelip-kelip mata, aku pun konpiden cakap, nanti next check up aku request nak jumpa doktor.
semalam, 6/5/2014. aku ada check up. klinik penuh, nak amik no giliran pun beratur panjang. oklah, itu tak kisah sebab setiap bulan macam tu.
dan aku gain weight sebanyak 3.6kg dalam masa sebulan.. misi yang tolong cek timbang pun terkejut, dia soh aku naik balik penimbang untuk confirmkan berat. aku pun explain kat misi, sebelum ni aku muntah teruk, loss weight banyak.. bulan ni terlebih selera plak..
selesai bahagian tu, aku pergi bahagian LAB untuk urin dengan cek HB, Alhamdulillah tak ada masalah..
kali ni, bila nama di panggil untuk cek perot, second ATT, inilah masa untuk adegan rayu paksa misi untuk bagi aku jumpa doktor.
aku rasa mulut aku berbuih lah nak mintak tolong misi, misi pun macam tak nak bagi aku jumpa doktor je. at last terpaksa mintak tolong akak aku, barulah buku merah aku di pass kat doktor.. kalau boleh tak nak lah macam ni, tapi aku nak clarify jugak pasal umur anak.
bila dapat jumpa doktor, doktor bising jugak pasal berat badan aku.. doktor scan nak tengok tumbesaran baby.. sebab takut berat badan aku effect kat baby.. tapi Alhamdulillah, baby sihat dan tarikh REDD pun dah dapat.
terima kasih semua..
Guna steroid baru badan jadi ??
2 days ago
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana berkata-kata