Awal kehamilan.

Assalamualaikum,
dah lama tak menaip kat dalam ni. busy sangat dengan keje, dengan rumahtangga. hehehe..
Alhamdulillah, bahagia tak terhingga dengan hadiah dari Allah swt untuk kami suami isteri.

pada 8/12/2013, setelah lewat menanti bulan.. umi wat lah UPT test, tapi hampa.. negative.. mungkin bulan ni bulan datang lewat kot, badan nak re-adjusting lepas kawen ni.
masa ni suami tak tahu pun umi nak wat UPT, sebab kalau positive boleh lah umi happily jumping hugging him and tell him the lovely news.. bila dah negative macam ni.. baik sambung tido je.

dah inform suami, bulan datang lambat disember ni. suami cakap tunggu dulu. kalau tak nanti nangis macam bulan2 selepas kawen.. dok asik cek UPT je, padahal baru lewat sehari dua.

13/12/2013- bulan lambat datang dah sebelas hari, bangun awal pagi, 4.30am. suami pulak outstation pergi utara. mula2 wat UPT tu, dok tunggu lah dalam toilet.. ngadap je benda alah tu. satu line dah naik.. tetiba tak lama lepas tu. naik lah satu lagi line yang kabur. tak tahulah nak cakap macam mana.. speechless, takut UPT false positive. tapi nak juga share good news dengan suami.
call die in early morning, wow husband in fresh voice..cerita dengan husband, abang cakap "Alhamdulillah" kami berdua speechless, tapi umi inform suami awal2, takut ni false alarm. kena pergi klinik untuk confirmkan.

15/12/2013 - umi melakukan pembaziran lagi, beli UPT 2 jenis. buat lagi, Alhamdulillah. naik dua line.
15/12/2013 -  again with UPT test. dua line.

at last, umi pergi klinik untuk confirmkan pregnancy, i'm 7weeks mummy now.

awal ritu, asik makan je.. bangga diri sebab tak mabuk. badan pun makin naik.. stress pulak tengok badan ni..

tapi, kebahagiaan tak lama.. minggu lepas dah start mabuk menggila, asal makan je muntah. pening2 kepala..
suamilah tukang urut.. emosi ni asik memainkan diri je.. air mata nak meleleh tiap masa..

skang tengah amik folic acid + obimin.

wish me luck

© Kupu - Kupu Beterbangan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena