Muntah-Muntah,hospital, Air Yassin

Assalamualaikum,
Dear Bloggers,
matlamat ingin menjadi seorang mummy yang terbaik bukanlah perkara yang mudah, malah mencabar kekuatan dalaman dan luaran, mental dan juga fizikal.

pertengahan Febuari yang lalu bersamaan trimester pertama ke trimester kedua, saya mengalami alahan yang sangat teruk. makan ape pun muntah, walau sekeping roti,walau separuh biskut.. minum pun sama, walau setitik air kosong,atau air manis,air bersusu.. semua akan keluar balik.

Result urin di klinik menunjukkan badan kekeringan melampau.. demi anak, saya rela dimasukkan ke hospital. bukan ingin menunjukkan pengorbanan.. tapi, kasih sayang dan cinta yang wujud untuk anak di dalam rahim. Setelah 2jam di dalam klinik kesihatan untuk mendapatkan surat doktor, saya telah di refer ke Hospital Serdang. duduk menunggu di bahagian kecemasan dari pukul 3petang dan pukul 9malam baru dapat berjumpa doktor.. dalam hati sentiasa berdoa untuk anak.. semoga kamu sentiasa selamat sayang.. its ok if mummy sick but mummy cant take d pain if i loss u.

tepat jam 9malam nombor di panggil, dengan di temani suami, saya bawak sekali surat doktor dan buku pink. i never hate needle, but i do hate dripping.. bila sang Doktor lelaki sudah berlembut dengan saya untuk memulakan pemasangan jarum drip, masa tu lah air mata mengalir,bibir di ketap dan mula terasa nak mengganas.. sakit,sebab doktor tak dapat line darah tu.. bukan salah doktor, tapi salah saya sendiri, mengeraskan tangan sampai darah menitik,namun line tak dapat dijumpai. akhirnye setelah doktor mencari salur darah dari sisi pergelangan tangan, dan diri mula sedar dan berlembut.. barulah jarum drip berjaya di pasang..

suami pegang kuat tangan saya, menghantar saya ke wad kecemasan zon kuning, "everything gonna be just fine, and our baby will fine too" terima kasih suami.. dua botol air, satu urin test,dan rujukan ke O&G..
Alhamdulillah, urin test lepas, dan dalam pukul 4lebih, saya di rujuk ke pakar O&G untuk pemantauan kesihatan anak, si anak sihat di dalam.. dia tidur lena.. kesyukuran yang tak mampu di ucapkan dengan kata-kata.

Air Yassin 
keazaman sang suami, setelah melihat saya sentiasa muntah-muntah,masuk hospital dan dia tak mampu menanggung kelemahan yang sama.. cuma dia dapat membantu dengan kata-kata semangat,bacaan Al-Quran serta Air Yassin yang dia buatkan setiap malam..

Abang minta maaf,sebab tak rasa penderitaan yang sama,sakit yang sama,kelemahan yang sama, tapi abang sentiasa cuba jadi suami dan ayah yang terbaik..terima kasih abang.. Semoga Allah membalas kebaikan abang..


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkata-kata

© Kupu - Kupu Beterbangan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena