semoga yang terbaik menanti kami

cinta selalu didatangi dengan keindahan,
mungkin ada terselit kepura-puraan
mungkin jua berlaku pembohongan,

namun perkahwinan,
jelas ternyata di hadapan mata,
jelik indah,kotor jernih peribadi
payau manis perkahwinan itu
ditelan jua.

ketahuilah, perkahwinan ini lagi indah daripada percintaan,
walau terselit duka, tersentap luka,
kemanisan itu sentiasa hadir di setiap pelipat masa
kemaafan sentiasa ada, kemarahan selalu mara,
syaitan sentiasa menggoda, dekatkanlah diri kepada Yang Maha Kuasa,
nescaya kebahagiaan milik kita.
namun, jika konkrit itu goyah,
ayuhlah kita saling membantu teguhkan nya,
dugaan sentiasa tiba, semoga hati kita kuat menghadapinya.





No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana berkata-kata

© Kupu - Kupu Beterbangan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena